Piagam MechaLution GrouP

FASAL I Nama
MechaLution GrouP ( MLGP )

FASAL II Alamat dan Tempat Mesyuarat
mlgp@mechalution.com
http://MechaLution.com

FASAL III Takrif
MLGP merupakan satu kumpulan yang ingin menggemparkan dunia melalui medium ICT

FASAL IV Matlamat
Memperkenalkan satu jenama mutu sebagai altenatif dalam bidang ICT
Menerapkan nilai-nilai ISLAM dalam bidang ICT
Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang realiti sebenar bidang ICT

FASAL V Tugas Utama Persatuan
Mencapai kejayaan maya menggunakan ICT sebagai medium penerapan ilmu dan nilai-nilai ISLAM

FASAL VI Ahli
(A) AHLI MAJLIS SYURA (AMS)

1. bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki
2. mempunyai kemahiran selaras dengan matlamat MLGP
3. terdiri daripada 6 hingga 9 orang

(B) AHLI MAJLIS EKSEKUTIF (AME)

1. dilantik oleh Ahli Majlis Syura (AMS)
2. bebas
3. tidak melebihi 18 orang

(C) AHLI
-sesiapa yang mendaftar dalam Forum MLGP

Fasal VII Yuran
(A) AHLI MAJLIS SYURA (AMS)
RM 85.00 untuk 5 tahun

(B) AHLI MAJLIS EKSEKUTIF (AME)
tidak dikenakan yuran

(C) AHLI
tidak dikenakan yuran

FASAL VIII Berhenti Menjadi Ahli

FASAL IX Hak Ahli
(A) AHLI MAJLIS SYURA (AMS)

1. hak bersuara dan menggubal perlembagaan
2. berkuasa memilih dan melucutkan Ahli Majlis Eksekutif (AME)

(B) AHLI MAJLIS EKSEKUTIF (AME)

1. hak bersuara
2. berkuasa melucutkan ahli

(C) AHLI

1. memberi cadangan dan kritikan

FASAL X Kewajipan Ahli
1. Adalah menjadi kewajipan kepada semua ahli menjaga nama baik MLGP serta menitik beratkan nilai-nilai ISLAM
2. Ahli Majlis Syura dan Ahli Majlis Eksekutif wajib melaksanakan keputusan yang dipersetujui oleh Ahli Majlis Syura
3. Adalah menjadi kewajipan Ahli Majlis Syura mempastikan yurannya telah dijelaskan sebelum 1 Februari 2010
4. Seseorang Ahli Majlis Syura yang menghadiri mesyuarat MLGP hendaklah berkelakuan baik

FASAL XI Persidangan Agung Tahunan
1. Persidangan Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan dalam bulan Disember setiap tahun
2. Suatu notis awal mengenai Persidangan Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan
tempat persidangan dan juga meminta usul-usul untuk dibincangkan termasuk usul pindaan
perlembagaan dan juga pencalonan bagi pemilihan Ahli Majlis Eksekutif hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli 30 hari sebelum tarikh persidangan
3. Laporan aktiviti sepanjang tahun hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat tidak lewat dari 7 hari selepas menerima notis awal
4. Sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah Ahli Majlis Syura hendaklah hadir di dalam Persidangan Agung bagi mengesahkan perjalanan persidangan dan mencukup bilangan (quorum) untuk persidangan
5. Kalau quorum tidak hadir dalam tempoh satu jam pada masa yang ditetapkan, Persidangan Agung hendaklah diteruskan tanpa mengubah perlembagaan

FASALXII Persidangan Agung Tergempar
1. Persidangan Agung Tergempar boleh diadakan :

i. Jika Ahli Majlis Syura memutuskan sangat perlu diadakan atau
ii. Atas permintaan bertulis dari tidak kurang dari satu pertiga (1/3) jumlah bilangan Ahli Majlis Syura yang layak mengundi dan menyatakan tujuan dan alasan untuk persidangan tersebut diadakan.

2. Notis dan agenda untuk sesuatu Persidangan Agung Tergempar hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua Ahli Majlis Syura tidak lewat dari 2 hari sebelum tarikh persidangan
3. Jika tidak ada quorum yang hadir dalam tempoh satu jam pada masa yang ditetapkan, Persidangan Agung Tergempar hendaklah diteruskan dengan mengambil keputusan yang adil kepada AMS

FASAL XIII Jawatankuasa
1. Ahli Majlis Syura adalah kuasa tertinggi selepas Persidangan Agung, keputusan yang diambil oleh Ahli Majlis Syura adalah muktmad kecuali dibatalkan oleh Persidangan Agung

Ahli Majlis Syura hendaklah mengandungi:

i. Setiausaha Kehormat
ii. Bendahari Kehormat
iii.5-7 Ahli Jawatankuasa

2. Jawatankuasa Kerja adalah badan pelaksana kepada semua keputusan yang telah diputuskan oleh Ahli Majlis Syura
Jawatankuasa Kerja hendaklah mengamdungi:

Eksekutif Pentadbiran
Eksekutif Tarbiah
Eksekutif Komunikasi
Eksekutif Kewangan
Eksekutif Editorial
Eksekutif Ilustrasi
Eksekutif Maklumat
Eksekutif Pemasaran
Eksekutif Perkhidmatan

FASAL XIV Tugas-Tugas Jawatankuasa Kerja

(A) Ahli Majlis Syura adalah menjalankan tugas-tugas:

1. Mengendalikan dasar-dasar dan rancangan MLGP.
2. Melantik Ahli Majlis Eksekutif bagi persatuan.
3. Memelihara tabung dan lain-lain punca kewangan.

(B) JawatanKuasa Kerja adalah menjalankan tugas-tugas:

1. Eksekutif Pentadbiran
-memantau serta mengendalikan segala perancangan projek MLGP
-menganalisa semua projek yang dijalankan

2. Eksekutif Tarbiah
-memastikan setiap gerak kerja projek MLGP tidak melanggar etika, nilai dan syariah ISLAM
-mengendalikan forum bahagian keagamaan ISLAM serta memberi tazkirah kepada ahli MLGP

3. Eksekutif Komunikasi
-mengawal perhubungan luar MLGP
-menjaga kepentingan laman web rasmi MLGP

4. Eksekutif Kewangan
-menguruskan akaun serta mengawal atur aliran wang MLGP
-meluluskan kewangan projek MLGP

5. Eksekutif Editorial
-mengeluarkan buletin tahunan MLGP
-menghasilkan tutorial berasaskan video

6. Eksekutif Ilustrasi
-mengeluarkan produk grafik
-menghasilkan tutorial berasakan grafik

7. Eksekutif Maklumat
-mencari maklumat yang diperlukan oleh ahli MLGP
-mengendalikan wiki MLGP

8. Eksekutif Pemasaran
-mencari penaja
-mengendalikan rangkaian sosial MLGP sera mempromosikannya

9. Eksekutif Perkhidmatan
-menjadi peranta diantara pelanggan dengan ahli MLGP
-menganalisa kebolehan perkhidmatan yang disediakan

FASAL XVI Pembubaran
1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendiri dalam tempoh masa 5 tahun iaitu sehingga tahun 2014
2. Pada tahun 2015 MLGP secara automatiknya akan dibubarkan kecuali mendapat persetujuan semua Ahli Majlis Syura untuk meneruskannya.


Disediakan oleh,
(NIK MOHAMMAD IZZUL AZFAR NIK RAZALI)
AMS MLGP

0 comments:

Post a Comment